Followers

09 November 2010

Makanan kita merbahaya

Di bawah ni adalah antara bahan yang kita gunakan setiap hari yang membunuh kita dalam diam. Sila baca jika anda seorang yang prihatin terhadap nyawa anda.

1. Fluoride
Terdapat pada ubat gigi. Juga diguna untuk mengawet makanan dalam tin.
Contoh : Sardin.
Tahukah bahan utama racun tikus adalah Fluoride.
Solution : Sila beli ubat gigi yang tiada fluoride. Sebanyak 35 buah negara telah haramkan penggunaan fluoride.

2. Chlorine
Digunakan dalam rawatan air kumbahan. Chlorine tidak dapat dibuang apabila memasuki tubuh anda. Kemasukan dan penyerapan klorin adalah 99% melalui liang peluh anda dan bukan melalui air minum. Nak tahu kenapa? Sebab klorin akan meruap/terhapus ketika sesi pemanasan air minum. Jadi kalau ingin minum, pastikan air anda dimasak.

Klorin molekulnya halus iaitu berukuran 0.010 milimiter atau 10 mikron, jadi penapis air yang sehalus 0.0001 mikron pasti dapat menapisnya 100% . Kehalusan molekulnya menyebabkan ia mudah diserap melalui tubuh anda ketika sesi anda mandi.

3. Bisphenol-A = BPA
Merupakan bahan penggangu hormon. Ia menyebabkan kanak-kanak menjadi matang dengan cepat. Pada kanak-kanak wanita ia akan menyebabkan penumbuhan bulu pada kemaluan, mempercepatkan kitaran haid, risiko barah payudara.

Kepada kanak-kanak lelaki, ia mempercepatkan penghasilan mani dan risiko barah prostate. Bahan ini digunakan dalam industri plastik. 99% Plastik dan tin minuman mengandungi bahan ini. Ini termasuklah botol susu anak anda. Lima buah syarikat gergasi pengeluar produk bayi kini sedang disaman oleh mahkamah tinggi antarabangsa.

4. Monosodium Glutamat a.k.a MSG
Bahan ini digunakan 100% dalam industri permakanan. Bahaya bahan ini telah diketahui umum, namun ramai yang buat endah tak endah. Dalam tahun 1989, Malaysia dikejutkan dengan berita gempar. Pengeluar bahan MSG terbesar iaitu Pak Aji Naik Moto menggunakan bahan mentah untuk menghasilkan MSG daripada binatang yang haram iaitu BABI.

MSG adalah bahan utama racun rumpai dan lalang. Kenapa anda harus makan atau mengambilnya? Adakah kerana makanan atau lauk anda jadi lebih sedap apabila anda bubuh MSG? Ada banyak cara lain untuk sedapkan masakan anda. Bahan ini mampu merosakkan fungsi buah pinggang dan hati anda dengan cepat sekali.

5. Aspartame
Ia sejenis pemanis tetapi bukan gula. Digunakan dalam makanan dan minuman yang dijual dipasaran. Ia juga dikategorikan sebagai racun. Aspartame digunakan secara meluas pada tahun 1970. Kesan-kesan pengambilan aspartame ini boleh dilihat secepat 24jam!

Masalah yang akan dihidapi spt resdung/bersin/selsema, migrain, bunyi berdesing dalam telinga, kepala berdengung, cepat penat, letih lesu, paras gula dalam darah meningkat / kencing manis, payah kencing /batu karang/radang pundi@saluran kencing. Air tin paling tinggi kandungan aspartame-nya. Jika ada rakan anda yang suka minum KOKAKOLA dan sebagainya dinasihatkan berhati-hatilah.

6. Melamine


Jadi, jangan lah ambil bahan-bahan yang merbahaya untuk diri kita.

source Makanan kita merbahaya

11 Jenis Manusia Didoai Malaikat

Assalamualaikum, 1 lagi artikel yang ingin dikongsikan bersama anda semua yang bersumberkan dari Facebook. Mari luangkan masa kita sikit untuk dijadi antara manusia yang didoakan oleh malaikat.

Antara orang yang mendapat doa malaikat ialah:

1. Orang yang tidur dalam keadaan bersuci.
Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya: "Sesiapa yang tidur dalam keadaan suci, malaikat akan bersamanya di dalam pakaiannya. Dia tidak akan bangun hingga malaikat berdoa: "Ya Allah, ampunilah hamba-Mu si fulan kerana tidur dalam keadaan suci."

2. Orang yang sedang duduk menunggu waktu solat.
Rasulullah s.a.w bersabda maksudnya: "Tidaklah salah seorang antara kalian yang duduk menunggu solat, selama ia berada dalam keadaan suci, kecuali kalangan malaikat akan mendoakannya: 'Ya Allah, ampunilah ia. Ya Allah sayangilah ia.'"

3. Orang yang berada di saf depan solat berjemaah.
Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya: "Sesungguhnya Allah dan kalangan malaikat-Nya berselawat ke atas (orang) yang berada pada saf depan."

4. Orang yang menyambung saf pada solat berjemaah (tidak membiarkan kekosongan di dalam saf).
Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya: "Sesungguhnya Allah dan kalangan malaikat selalu berselawat kepada orang yang menyambung saf."

5. Kalangan malaikat mengucapkan 'amin' ketika seorang imam selesai membaca al-Fatihah.
Rasulullah s.a.w bersabda maksudnya: "Jika seorang imam membaca...(ayat terakhir al-Fatihah sehingga selesai), ucapkanlah oleh kamu 'aamiin' kerana sesiapa yang ucapannya itu bertepatan dengan ucapan malaikat, dia akan diampuni dosanya yang lalu."

6. Orang yang duduk di tempat solatnya selepas melakukan solat.
Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya: "Kalangan malaikat akan selalu berselawat kepada satu antara kalian selama ia ada di dalam tempat solat, di mana ia melakukan solat."

7. Orang yang melakukan solat Subuh dan Asar secara berjemaah.
Rasulullah s.a.w bersabda maksudnya: "Kalangan malaikat berkumpul pada saat solat Subuh lalu malaikat (yang menyertai hamba) pada malam hari (yang sudah bertugas malam hari hingga Subuh) naik (ke langit) dan malaikat pada siang hari tetap tinggal.

"Kemudian mereka berkumpul lagi pada waktu solat Asar dan malaikat yang ditugaskan pada siang hari (hingga solat Asar) naik (ke langit) sedangkan malaikat yang bertugas pada malam hari tetap tinggal lalu Allah bertanya kepada mereka: "Bagaimana kalian meninggalkan hamba-Ku?"

Mereka menjawab: 'Kami datang sedangkan mereka sedang melakukan solat dan kami tinggalkan mereka sedangkan mereka sedang melakukan solat, ampunilah mereka pada hari kiamat.'"

8. Orang yang mendoakan saudaranya tanpa pengetahuan orang yang didoakan.
Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya: "Doa seorang Muslim untuk saudaranya yang dilakukan tanpa pengetahuan orang yang didoakannya adalah doa yang akan dikabulkan. Pada kepalanya ada seorang malaikat yang menjadi wakil baginya, setiap kali dia berdoa untuk saudaranya dengan sebuah kebaikan, malaikat itu berkata 'aamiin dan engkau pun mendapatkan apa yang ia dapatkan.'"

9. Orang yang membelanjakan harta (infak).
Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya: "Tidak satu hari pun di mana pagi harinya seorang hamba ada padanya kecuali dua malaikat turun kepadanya, satu antara kedua-duanya berkata: 'Ya Allah, berikanlah ganti bagi orang yang berinfak...'"

10. Orang yang sedang makan sahur.
Rasulullah s.a.w bersabda maksudnya: "Sesungguhnya Allah dan kalangan malaikat-Nya berselawat kepada orang yang sedang makan sahur."

11. Orang yang sedang menjenguk (melawat) orang sakit.
Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya: "Tidaklah seorang mukmin menjenguk saudaranya kecuali Allah akan mengutus 70,000 malaikat untuknya yang akan berselawat kepadanya di waktu siang hingga petang dan di waktu malam hingga Subuh."

Itulah antara mereka yang mendapat doa malaikat. Semoga kita termasuk dan tersenarai sama.

07 November 2010

Kelebihan Solat dan Puasa

Ali bin Abi Talib r.a. berkata :-

Sewaktu Rasullullah saw duduk bersama para sahabat Muhajirin dan Ansar, maka dengan tiba-tiba datanglah satu rombongan orang-orang Yahudi lalu berkata :-

"Ya Muhammad, kami hendak bertanya kepada kamu kalimat-kalimat yang telah diberikan oleh Allah kepada Nabi Musa a.s. yang tidak diberikan kecuali kepada para Nabi utusan Allah atau malaikat muqarrab."

04 November 2010

Pesan Rasulullah sebelum tidur

Time aku belek-belek Facebook, ade terjumpa 1 artikel berkenaan beberapa pesan Nabi kita, Nabi Muhamad S.A.W sebelum kita pergi tidur. So kat sini aku kongsikan bersama korang pasal pesan Baginda sebelum kita tidur.




SEBELUM Tidur

Perkara Sebelum Tidur( Tafsir Haqqi )
Rasulullah berpesan kepada Aisyah ra : "Ya Aisyah jangan engkau tidur sebelum melakukan empat perkara, yaitu :
  1. Sebelum khatam Al Qur'an,
  2. Sebelum membuat para nabi memberimu syafaat di hari akhirat,
  3. Sebelum para muslim meredhai kamu,
  4. Sebelum kau laksanakan haji dan umroh"

Bertanya Aisyah :

"Ya Rasulullah, bagaimana aku dapat melaksanakan empat perkara seketika?"

Rasul tersenyum dan bersabda : "Jika engkau tidur bacalah Al Ikhlas tiga kali seakan-akan kau mengkhatamkan Al Qur'an.

Bismillaahirrohmaanirrohiim,
Qulhualloohu ahad' 
Alloohushshomad' 
lam yalid walam yuulad' 
walam yakullahuu kufuwan ahad' ( 3 x )

Membacalah selawat untukKu dan para nabi sebelum aku, maka kami semua akan memberi syafaat di hari kiamat.

Bismillaahirrohmaan irrohiim, 
Alloohumma shollii 'alaa syaidinaa Muhammad 
wa'alaa aalii syaidinaa Muhammad ( 3 x )

Beristighfarlah untuk para muslimin maka mereka akan meredhai kamu.

Astaghfirulloohal adziim 
aladzii laa ilaaha illaa 
huwal hayyul qoyyuum
wa atuubu ilaih ( 3 x )

Dan,perbanyaklah bertasbih, bertahmid, bertahlil, bertakbir maka seakan-akan kamu telah melaksanakan ibadah haji dan umroh"

Bismillaahirrohmaan irrohiim, 
Subhanalloohi 
Walhamdulillaahi
walaailaaha illalloohu alloohu akbar(3 x )

So lepas ni, kalau sesiapa yang kalau ngantok terus tidur tu, ikutlah pesan Nabi ni, bukan nya lama pun, tak sampai 10 minit pun. Sekian


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...