Followers

19 October 2011

10 Rahsia Yahudi

Tahukah korang sebenarnya banyak benda yang yahudi laknat ni sembunyikan pada pengetahuan umum.

1 - Walaupun Israel merupakan pengeluar rokok yang terbesar tetapi rakyatnya tidak menghisap rokok kerana mereka tahu akan keburukan hisap rokok. 

2 - Israel mempunyai kepakaran dalam mencipta vaksin dan mahir dalam ilmu perubatan, namun ilmu itu hanya untuk orang luar, kerana mereka tahu bahan kimia yang terdapat dalam ubat akan merosakkan untuk satu jangka masa panjang. Penduduk israel sendiri menggunakan Habbatus Sauda dalam perubatan harian 

3 - Taktik kaum ibu di Israel ketika mengandung ialah si ibu/ isteri akan mendengar si suami membaca, menyanyi atau mereka akan menyelesaikan masalah matematik bersama-sama untuk mendapat bayi yang bijak dan petah kerana pada ketika ini fikiran dan perasaan si isteri adalah bersambungan dengan anak dalam kandungan berbanding anda bercakap padanya di perut 

4 - McDonald di israel telah membuat pengubahsuaian contohnya dari segi minuman. Mereka menggantikan kopi berkafein kepada teh yang mengandungi polyphenols, iaitu unsur kimia yang berfungsi sebagai antioksidan berkekuatan besar untuk membuang sel rosak dan mencegah kanser. Kita disini masih lagi menggunakan KAFEIN BERBAHAYA 
 

5 - Di Israel, mereka akan memakan buah-buahan dahulu sebelum memakan makanan utama. Ini kerana hakikatnya dengan memakan hidangan kabohidrat (nasi atau roti) dahulu kemudian buah buahan akan menyebabkan kita merasa ngantuk dan lemah dan payah untuk memahami pelajaran disekolah. Sedangkan disini kita dimomokkan dengan memakan buah-buahan sebagai pencuci mulut. 

6 - Israel terus melakukan berbagai usaha untuk menghancurkan Masjid Al Aqsha dan Qubah Shakhrah sejak 50 tahun yang lalu dengan menggali bawah tanah masjid tersebut agar runtuh dengan sendirinya? 

7 - Majoriti buku sejarah di dunia mengatakan Negara-negara Arab yang menyerang Israel terlebih dahulu pada perang tahun 1967? Padahal faktanya, Israel yang menyerang Negara-negara Arab terlebih dahulu kemudian mereka merebut kota Al Quds dan Tebing Barat? Tetapi mereka mengatakan serangannya itu adalah serangan untuk menjaga diri dan antisipasi? 

8 - Di Palestin, penduduk kristian Palestin dan Palestin Muslim bersatu melawan penjajah yahudi 

9 - Pelajar-pelajar di sekolah dilatih dengan taktik ketenteraan dalam bersukan seperti menembak dan mamanah bagi melatih otak memfokus sesuatu perkara dan mempersiapkan diri jika perkhidmatan diperlukan dimasa akan datang. 

10 - Hosni Mubarak merupakan tulang belakang Israel dan Amerika selama 30 tahun!




Sumber :http://mrkerro.com/perkara-yang-yahudi-israel-tak-nak-kita-tahu/

02 July 2011

9 Sebab Hati Tidak Bahagia

a) Hot Tampered!
Sifat ni paling senang kita nak nampak, cakap sikit je marah. Salunye orang yang bersifat macam ni kurang kawan. Kebanyakan, bukan semua.

b) Pendendam
Pergh! Simpan dendam dalam hati. Even orang tu buat salah sikit je, da plan nak balas balik kat diorang. Kalau yang sikit tu pun nak berdendam, yang besar tu jangan cakap la. 

c) Hasad dengki
Orang yang ade hasad dengki ni, amalan dia sia-sia je sebab mereka ada sifat ketuhanan.

d) Kedekut
Ingat tak cerita P.Ramlee tajuk die Labu Labi? Kalau ingat , korang mesti ingat Haji Bakhil en? Ingat lagi bila ada 2 orang cikgu sekolah ni datang nak kutip derma kat rumah dia, dia boleh buat-buat demam kan? Macam tu lah orang kedekut. Sebab tu kita tengok Haji Bakhil tu tak tenteram, takut sangat harta dia habis.

e) Tamak Haloba
Orang tamak ni, dia tak kan puas dengan apa yang dia dapat. Orang bagi betis die nak peha. Orang bagi peha die nak isi, Orang bagi isi dia nak...... Memang tak kan puas punya lah. Nak mengumpul boleh, tapi jangan tamak. Bersyukur dengan apa yang kita ada. 

f) Tidak sabar
Andainya perkara yang kecil pun tidak boleh bersabar apatah lagi hal-hal yang lebih besar.

g) Ego
Ibu segala mazmummah jadi ia membuatkan seseorang paling tidak tenang. Orang yang memiliki sifat ini pantang tercabar dari sudut zahir mahupun batin. Pasal semua orang ada egonya sendiri, cuma tinggi atau rendah tahap keegoan tersebut.

h) Riak
" Kau lihat hidupku ini, semuanya besar-besar. Rumah besar, Kereta besar, Isteri besar..ops. Tak macam kau, kereta kecik, rumah kecik, perut kecik. Haha." Kata Haji Riak bin Takbur.
Orang yang riak ni tak sedar diri yang harta, kejayaan, semuanya hanya sementara dan sememangnya bukan milik depa. Ingat lah 5 perkara sebelum 5 perkara.

i) Cinta Dunia
Tidak dapat menderita, dapat pun menderita kerana bila sudah dapat susah pula menjaganya. Berhartalah, tidak mengapa tetapi kawal hati jangan diletakkan pada harta itu (bila mati cuma bawa amalan dan doa anak yang soleh atau solehah). Cinta dunia merupakan 'neraka dunia' kerana dunia itu 'panas' akibat ia merupakan barang buruan dan rebutan. Jadi letakkanlah akhirat itu di hati dan dunia itu di tangan supaya dunia itu senang dibahagi-bahagi dan akhirat dibawa mati. 

Nad : Aku berkongsi bukan bermakna aku lah yang paling baik dan paling alim. Aku berkongsi sebagai peringatan kepada korang semua dan juga kepada diri aku sendiri. 


04 June 2011

Kesan minum ais selepas makan.

Assalamualaikum dan salam sejahtera.


Ramai dalam masyarakat kita, memang suka minum air sejuk. Tak kisah lah air kosong ke, air sirap ke, asalkan die sejuk kan. Aku sendiri tak nafikan aku pun suka minum air sejuk. 

Jadi, kali ni aku nak kongsikan 1 artikel yang aku dapat dari facebook yang mungkin ada dalam kalangan korang belum pernah baca atau belum pernah tahu pasal kesan minum ais selepas makan. Mari kita baca sama-sama.

Serangan Jantung dan Amalan Minum Air Panas 

Kepada sesiapa yang suka minum ais, artikel ini sesuai untuk korang baca. Sememangnya sedap minum air berais selepas makan. Walaubagaimanapun, ais akan membekukan makanan berminyak yang baru kita makan.

Ia akan memperlahankan penghadaman kita. Bila lemak-lemak ini terbentuk di dalam usus, ia akan menyempitkan banyak saluran dan lama kelamaan ia akan  menyebabkan lemak berkumpul dan kita semakin gemuk dan  menuju  ke arah mendapat pelbagai penyakit


Jalan terbaik adalah minum sup panas atau air panas/suam selepas makan. (jangan air yang mengelegak tu korang pegi minum sudah la ye)

Nota penting tentang SERANGAN JANTUNG!!! 

Korang patut tahu bahawa bukan semua tanda-tanda serangan jantung akan mula terasa pada tangan sebelah kiri.


Berhati-hati juga pada permulaan sakit sedikit-sedikit pada bahagian atas dada anda.

Anda mungkin tidak akan mengalami sakit dada pada serangan pertama  serangan jantung.

Keletihan dan berpeluh adalah tanda-tanda biasa.  Malah 60% penghidap sakit jantung tidak bangun selepas tidur.

Marilah kita berwaspada dan berhati-hati.. Lebih banyak kita tahu, lebih cerah peluang kita untuk terus hidup. Pakar sakit jantung berkata, jika semua orang yang mendapat e-mail ini menghantar kepada 10 orang yang lain, beliau yakin akan dapat menyelamatkan satu nyawa.

(Nad pun kena control makanan dan minuman Nad)
Sekian, wassalam.
Nad : Dah habis baca? Kalau yang dah habis baca tu, harap dapat lah disebarkan kerana sakit jantung adalah 1 perkara yang serius dan merupakan antara sebab utama rakyat malaysia meninggal dunia. Jaga kesihatan korang ok? Ingat-ingatkan mereka yang suka sangat minum ais.

30 May 2011

Rasullullah S.A.W, Wanita Kafir dan Limau.

Assalamualaikum. Aku nak kongsikan sebuah kisah Rasulullah SAW yang aku ditakdirkan untuk membaca kisah ini di dalam sebuah blog. Kepada owner blog yang berkongsikan kisah ni, aku mintak maaf sangat-sangat sebab lupa nak save link blog anda. 



"Suatu hari Rasulullah SAW didatangi oleh seorang wanita kafir. Ketika itu baginda bersama beberapa orang sahabat. Wanita itu membawa beberapa biji buah limau sebagai hadiah untuk baginda. Cantik sungguh buahnya. Siapa yang melihat pasti terliur.

Baginda menerimanya dengan senyuman gembira. Hadiah itu dimakan oleh Rasulullah SAW seulas demi seulas dengan tersenyum. Biasanya Rasulullah SAW akan makan bersama para sahabat, namun kali ini tidak. Tidak seulas pun limau itu diberikan kepada mereka. Rasulullah SAW terus makan. Setiap kali dengan senyuman, hinggalah habis semua limau itu.

Kemudian wanita itu meminta diri untuk pulang, diiringi ucapan terima kasih dari baginda. Sahabat-sahabat agak hairan dengan sikap Rasulullah SAW itu. Lalu mereka bertanya. Dengan tersenyum Rasulullah SAW menjelaskan "Tahukah kamu, sebenarnya buah limau itu terlalu masam semasa saya merasainya kali pertama. Kiranya kalian turut makan bersama, saya bimbang ada di antara kalian yang akan mengenyetkan mata atau memarahi wanita tersebut. Saya bimbang hatinya akan tersinggung. Sebab tu saya habiskan semuanya."

Begitulah akhlak Rasulullah SAW. Baginda tidak akan memperkecil-kecilkan pemberian seseorang biarpun benda yang tidak baik, dan dari orang bukan Islam pula.

Wanita kafir itu pulang dengan hati yang kecewa. Mengapa? Sebenarnya dia bertujuan ingin mempermain-mainkan Rasulullah SAW dan para sahabat baginda dengan hadiah limau masam itu. Malangnya tidak berjaya.

Rancangannya di'tewas'kan oleh akhlak mulia Rasulullah SAW.

24 May 2011

Rasullullah S.A.W dan Yahudi

Ali bin Abi Talib r.a berkata : "Sewaktu Rasullullah S.A.W duduk bersama para sahabat Muhajirin dan Ansar, maka dengan tiba-tiba datanglah satu rombongan orang-orang Yahudi, lalu berkata: 'Ya Muhammad, kami hendak tanya kepada kamu kalimat-kalimat yang telah diberikan oleh Allah kepada Nabi Musa A.S. yang tidak diberikan kecuali kepada para Nabi utusan Allah atau malaikat muqarrab.'"

Lalu Rasullullah S.A.W. bersabda: 'Silakan bertanya.'

Berkata orang Yahudi: 'Silakan terangkan kepada kami tentang 5 waktu yang diwajibkan oleh Allah ke atas umatmu.'


Sabda Rasullullah S.A.W.:
Solat Zuhur - jika tergelincir ia matahari, maka bertasbihlah segala sesuatu kepada Tuhannya,
Solat Asar - itu ialah saat ketika Nabi Adam A.S.memakan buah Khuldi,
Solat Maghrib - itu adalah saat Allah menerima taubat Nabi Adam A.S., maka setiap mukmin yang bersembahyang Maghrib dengan ikhlas kemudian dia berdoa meminta sesuatu pada Allah maka pasti Allah akan mengkabulkan permintaannya.
Solat Isya' - itu ialah sembahyang yang di kerjakan oleh para Rasul- Rasul sebelumku,
Solat Subuh - adalah sebelum terbit matahari, ini kerana apabila matahari terbitnya , terbit diantara 2 tanduk syaitan dan disitu sujudnya tiap orang kafir.'
 Setelah orang Yahudi mendengar penjelasan dari Rasullullah S.A.W. maka mereka berkata: 'Memang benar apa yang kamu katakan itu Muhammad, katakanlah kepada kami apakah pahala yang akan di dapati oleh orang yang sembahyang.

Rasullullah S.A.W bersabda:

'Solat Zuhur, pada saat itu nyalanya neraka Jahanam, orang mukimin yang mengerjakan sembahyang pada ketika itu akan diharamkan ke atasnya wap api neraka Jahanam pada hari Kiamat.'

Sabda Rasullullah S.A.W. lagi: Manakala Solat Asar, adalah saat di mana Nabi Adam A.S. memakan buah Khuldi. Orang mukmin yang mengerjakan sembahyang Asar akan diampunkan dosanya seperti bayi yang baru lahir.'


Setelah itu Rasullullah S.A.W. membaca ayat yang bermaksud: 

'Jagalah waktu-waktu sembahyang terutama sekali sembahyang yang pertengahan, Solat Maghrib itu adalah saat di mana taubatNabi Adam A.S. diterima. Seorang mukmin yang ikhlas mengerjakan sembahyang Maghrib kemudian meminta sesuatu dari Allah maka Allah akan perkenankan.
'Sabda Rasullullah S.A.W. Solat Isya'(atamah) . Katakan kubur itu adalah sangat gelap dan begitu juga pada hari Kiamat, maka seorang mukmin yang berjalan dalam malam yang gelap untuk pergi menunaikan sembahyang Isya' berjamaah, Allah S.W.T. haramkan dari terkena nyalanya api neraka dan diberinya cahaya untuk menyeberangi titi sirath.'
 Sabda  Rasullullah S.A.W.
Seterusnya Solat Subuh pula, seorang mukmin yang mengerjakan sembahyang subuh selama 40 hari secara berjamaah, diberi oleh Allah S.W.T. dua kebebasan yaitu:
  1. Dibebaskan dari api neraka. 
  2. Dibebaskan dari nifaq.

Setelah orang Yahudi mendengar penjelasan dari Rasullullah S.A.W maka mereka berkata: 'Memang benarlah apa yang kamu katakan itu wahai Muhammad (S.A.W).
Kini katakan pula kepada kami semua kenapakah Allah S.W.T. mewajibkan puasa 30 hari ke atas umatmu?'.

Sabda Rasullullah S.A.W.:
'Ketika Nabi Adam memakan buah pohon yang dilarang, lalu makanan itu tersangkut dalam perut Nabi Adam A.S. selama 30 hari. Kemudian Allah S.W.T. mewajibkan ke atas keturunan Adam A.S. berlapar selama 30 hari. Sementara izin makan di waktu malam itu adalah sebagai kurnia Allah S.W.T. kepada makhluk Nya.'

Kata orang Yahudi: 'Wahai Muhammad, memang benarlah apa yang kamu katakan itu. Kini terangkan kepada kami ganjaran pahala yang diperolehi dari puasa itu.'


Sabda Rasullullah S.A.W.
'Seorang hamba yang berpuasa dalam bulan Ramadhan dengan ikhlas kepada Allah S.W.T. dia akan diberi oleh Allah S.W.T tujuh perkara:
  1. Akan dicairkan daging haram yg tumbuh dari badannya (daging yang tumbuh dengan makanan yang haram). 
  2. Rahmat Allah sentiasa dekat dengannya. 
  3. Diberi oleh Allah sebaik-baik amal. 
  4. Dijauhkan dari merasa lapar dan haus. 
  5. Diringankan baginya siksa kubur (siksa yang sangat mengerikan). 
  6. Diberikan cahaya oleh Allah S.W.T pada hari Kiamat untuk menyeberang titian sirath.
  7. Allah S.W.T. akan memberinya kemudian di syurga.'
Kata orang Yahudi: 'Benar apa yang kamu katakan itu Muhammad. Katakan kepada kami kelebihanmu antara semua para nabi-nabi.'

Sabda Rasullullah S.A.W.:

'Seorang nabi mengunakan doa mustajabnya untuk membinasakan umatnya, tetapi saya tetap menyimpankan doa saya (untuk saya gunakan memberi syafaat pada umat saya di hari kiamat).'

Kata orang Yahudi: 'Benar apa yang kamu katakan itu Muhammad, kini kami mengakui dengan ucapan Asyhadu Alla illaha illallah,wa annaka Rasulullah (kami percaya bahawa tiada Tuhan kecuali Allah dan engkau utusan Allah).'

01 May 2011

SHAMISHA Enterprise kaki penipu!

Assalamualaikum. Apa khabar semua? Sihat? 


1stly, aku nak wish kepada pelajar yang tengah bercuti sekarang, 
:::::::::::::::::::!!![Selamat Bercuti]!!!:::::::::::::::::::
Holiday! Yeay!

Semoa kita isi masa cuti kita kali ni dengan benda-benda yang lebih mendatangkan faedah, bukan dengan perkara-perkara yang memudaratkan diri kita ni. Cuti-cuti jugak, amalan jangan dibagi cuti pulak ye. 


Kali ini aku nak berkongsikan kisah aku time aku balik dari Pulau Pinang ke Shah Alam. Memandangkan aku dah habis final paper aku, aku pun nak balik lah ke Shah Alam, hometown aku tu.Cuti semestar sampai 28 Mei 2011. Beli tiket bas pukol 12.15 pagi (30/4/2011) kat kaunter 10.

Aku mintak lah kawan aku, Asna hantarkan aku dengan Munawwar ke jeti , tempat nak naik bas tu. Kitorang gerak pukol 11.00 malam (29/4/2011). Bila dah sampai tu, aku dengan Munawwar pun pergilah ke kaunter sebab nak tanye no bas.

Tibe-tibe orang kat kaunter tu pun cakap lah " Bas ni mungkin lambat sampai, paling awal pukul 1.30 pagi ." Kitorang pun pelik. Tapi kitorang tunggu lah smpai bas kitorang sampai. Ingat dapat lah naik bas pukul 1.30 pagi tu.
tik tok tik tok

Akhirnya bas pun sampai lah jugak. Tapi pukul 4.15 PAGI WOI! Dah la bas mana tah depa pi passing-passing ni. Aku pun dalam hati mau je aku sembur drebar bas tu. Tapi bile memikirkan nak balik, aku pun rilek agi. Sabar je lah. Maybe bas rosak. Aku masok-masok terus tido. Letih woi tunggu dr kol 11.30 malam smpai kol 4.14 pagi.

.......................................................

Aku terjage, sedar-sedar dah ada kat Sungai Buloh. Tengok jam da pukol 8.00 pagi gitu. Aku dengar drebar bas tu tanye kawan aku tu nak turun Jalan Duta ke Puduraya. Kawan aku cakap turun Klang (aku turun Shah Alam, tapi bas Shah Alam ngan Klang selalunya 1 bas). 

Then pakcik drebar bas tu cakap yang bas ni pegi KL je. Aik, da tu aku beli tiket pegi KL ke? Then diorang turunkan kitorang kat Pudu. Kawan aku tu pi la tanya drebar bas tu awat antaq sampai KL je?

Drebar tu cakap bas yang ni memang hantar sampai KL je. Memang tak pegi Shah Alam/Klang. Die cakap orang kaunter tu da tipu kitorang. Aisehmen. Tobat tak nak beli bas SHAMISHA ENTERPRISE (kaunter 10) lagi. Kalau nak beli, beli yang bukan ulat.

Puduraya

Dah sampai Pudu, aku memang tak taw selok-belok KL ni. Munawwar da pergi Masjid Negara, balik dengan mak die.Aku pun call la Izzat, member sekolah aku dulu Die memang arif sikit jalan KL ni. Then die cakap die taw tren Masjid Jamek je. Tren kat Pudu die tak taw nak masok ikot celah mana.

Aku, dengan perasaan yang agak bercelaru lagi serabut, aku pun jalanlah kaki pergi ke LRT Masjid Jamek. Mahu lebih 20 minit aku usung beg aku yang berat tu. Dah naik tren tu, aku lega sikit. Then perjalanan lancar sampai aku naik KTM ke Shah Alam. Alhamdulillah. Sampai rumah dalam pukul 11 pagi

Balik rumah, aku mandi-mandi, teros tidoq. Letih gila!

Information Tambahan :
Kalau korang naik bas dari Penang ke Shah Alam 
Masa Diambil (kebiasaan) = 5 - 6 Jam sahaja.

Kes aku dan Munawwar semalam.
Masa yang di ambil = dari pukul 12.15 pagi sampai 11 pagi = 10 jam 45 minit.

So korang pilih lah mana yang terbaik untuk korang 

Sekian sahaja kisah kepulangan aku untuk cuti semestar kali ini


25 April 2011

4 Golongan Perempuan Isi Neraka

Assalamualaikum. So, just nak kongsi 1 video ni, dari Ustaz Kazim Elias. Beliau bagi ceramah tentang 4 golongan wanita yang akan menjadi isi neraka. 

So kepada wanita-wanita, anda di galakkan tonton untuk mengambil ikhtibar dan tinggalkan mana yang buruk, ambik mana yang cantik. Cantik di luar tak semestinya cantik. Betul tak?

Lelaki pun boleh je nak tengok, boleh di sampaikan kepada kawan-kawan perempuan, saudara perempuan. 


So kepada sesiapa yang mempunyai masalah nak tengok video ni, aku listkan jugak golongan mana yang dimaksudkan itu. Kesian korang.

4 Golongan Perempuan isi neraka :

  1. Perempuan yang jahat mulutnya atas suaminya.
  2. Perempuan yang buat suaminya tidak mampu / meminta sesuatu dari suaminya yang tidak mampu dibuat/dibeli oleh suaminya.
  3. Perempuan yang tidak mahu menutup dirinya daripada lelaki(bukan muhrim)
  4. Perempuan yang cita-citanya tak ada. (hidup untuk makan dan seronok-seronok)
Harap korang dapat lah ambik ikhtibar, amalkan dan sampaikan. Sekian, Wassalam.


02 April 2011

Sejarah Dunia Sebenar.

Assalamualaikum, aku nak kongsikan video dari brofat tentang sejarah dunia sebenar. Sejarah kita sebenarnya telah banyak diubah oleh satu pihak. Lihat lah sendiri video ni. 





01 April 2011

Gambar - gambar Kaum Nabi Luth yang diubah menjadi Batu

Assalamualaikum. Ingatkah anda tentang Nabi Luth? Nabi Luth diperintahkan untuk menyampaikan seruan tauhid kepada kaum yang rosak akhlaknya dan homoseksual (mengamalkan hubungan sejenis). Mereka yang tidak menerima seruan tauhid telah diubah menjadi batu.

Di bawah merupakan gambar-gambar kaum Nabi Luth yang telah diubah menjadi batu.









P/s : Siapa-siapa yang gay/lesbian, ni lah korang punya guru-guru/ model gaya hidup korang. So amacam?

Sumber : http://lilixmen.blogspot.com/2010/10/koleksi-foto-kaum-nabi-luth-yang-diubah.html 

25 March 2011

Bunuh Diri di KB Mall, Kelantan

Assalamualaikum.
Selalu sangat kita dengar kes orang bunuh diri dan kita juga sudah tau hukum bunuh diri itu adalah berdosa besar dan akan confirm masok neraka.

Allah berfirman:
“Dan janganlah kamu membunuh dirimu; sesungguhnya Allah adalah Maha Penyayang kepadamu. Dan barangsiapa berbuat demikian dengan melanggar hak dan aniaya, maka Kami kelak akan memasukkannya ke dalam naar. Yang demikian itu adalah mudah bagi Allah.” (An-Nisa : 29-30)

Di kelantan, pada 24 Mac 2011 di KB Mall, ade berlaku cubaan bunuh diri oleh sorang perempuan ni. 

Tetapi cubaan bunuh diri ini berjaya diselamatkan/digagalkan oleh Bomba. Video di bawah ni adalah video yang sempat dirakam oleh pengunjung KB Mall. 

Sila jangan gunakan volume yang kuat kerana terdapat bunyi yang agak membingitkan di dalam video ni.


P/s : Pada penadapat aku, bunuh diri memang perkara yang amat bodoh sekali dan hanya orang-orang yang tidak waras je akan buat perkara ini. Kalau ada masalah, cuba selesaikan dengan cara yang lebih berkesan dan lebih bijak berbanding bunuh diri sendiri yang hanya akan menyusahkan orang lain. Na'uzubillahiminzalik. 
“Siapa yang Allah inginkan kebaikan baginya, maka Allah berikan musibah kepadanya.” (HR. Al-Bukhari no. 5645)

24 March 2011

Kisah Farhan Bin Abdullah, pendakwah bebas.

Assalamualaikum. Ape kaba semua? Kali ni aku nak kongsikan tentang sebuah perjalanan hidup Farhan menganut agama Islam dan menjadi pendakwah bebas. Memang banyak dugaan yang beliau terima tetapi hatinya masih lagi terikat dengan agama Islam. Alhamdulillah.

Nama saya Farhan Bin Abdullah. Nama asal saya sewaktu beragama Kristian ialah Johanis. Saya dilahirkan dibumi Sabah dalam keluarga Kristian. Bapa saya seorang ketua Paderi yang menjaga 15 buah gereja di satu kawasan di Sabah . Saya dilatih oleh bapa saya untuk menjadi seorang paderi. Sejak mula PBS bawah Datuk Joseph Pairin Kitinggan usaha kami mendapat sokongan penuh kerajaan negeri.

23 March 2011

Hati-Hati ketika membaca Al-Fatihah

Assalamualaikum semua. Ape kabar? Sihat? Alhamdulillah kepada yang sihat dan kepada yang tidak berape sehat tu, jage la kesihatan. Ok?


Membaca Al-Fatihah merupakan 1 surah wajib yang semua Umat Islam wajib mesti hafal. Dan kalau faham isi kandungan Surah ni lagi bagus. Surah ni jugak merupakan surah wajib dalam solat kita.

Kalau surah yang kita baca itu salah maka akan membawa makna yang berlainan. Sama juga yang berlaki kepada surah pertama di dalam Kitab Al-Furqan ni. Ketika membaca Al-Quran, tajwid mesti di jaga. Benar kan?

Dalam surah Al-fatihah ini, ade perkataan yang kita salah baca, salah tajwid, akan menjadi nama-nama Syaitan.


Nama-nama syaitan:


1. DU LI LAH (bila dibaca tiada sabdu) sepatutnya DULILLAH
2. HIR ROB (bila dibaca dengan sabdu) sepatutnya HI ROB
3. KIYYAU (bila dibaca dengan sabdu) sepatutnya KI YAU
4. KANNA'K (bila dibaca dengan sabdu) sepatutnya KA NA'K
5. KANNAS (bila dibaca dengan sabdu) sepatutnya KANAS
6. SIROTHOLLAZI............. sehingga habis hendaklah dibaca tanpa henti.
7. AMIN...............hendaklah mengaminkan Al-Fatihah dengan betul iaitu AA......dua harakat, MIN.... 3 harakat.


P/S : Semoga kita dapat sama-sama perbaiki bukan sahaja surah Al-Fatihah tapi jugak surah-surah lain semasa kita baca kitab Allah ini. InsyaAllah

Sumber : Facebook

Kenapa Kita Dilarang Tidur Selepas Subuh?

Assalamualaikum. Selamat Pagi Semua.Mesti baru bangun kan? Tak baik pun tido lepas subuh ni. Nak taw kenape? Meh aku kongsikan kenape.

1. Tidak sesuai dengan petunjuk Al Qur'an dan As Sunnah.

2. Kontra kepada akhlak dan kebiasaan para salafush soleh (generasi terbaik umat ini), bahkan merupakan perbuatan yang dibenci.

3. Tidak mendapatkan barokah di dalam waktu dan amalannya.

4. Menyebabkan malas dan tidak bersemangat di sisa harinya.

Maksud dari hal ini dapat dilihat dari perkataan Ibnul Qayyim. Beliau rahimahullah berkata, "Pagi hari bagi seseorang itu seperti waktu muda dan akhir harinya seperti waktu tuanya." (Miftah Daris Sa'adah, 2/216).

Amalan seseorang di waktu muda berpengaruh terhadap amalannya di waktu tua. Maknenye kalau korang pagi-pagi dah tido dan malas-malas, petang nanti korang akan jadi super malas.

5. Menghambat datangnya rezeki.

Ibnul Qayyim berkata, "Empat hal yang menghambat datangnya rezeki
1. Tidur di waktu pagi
2. Sedikit solat
3. Malas-malasan
4. Berkhianat." (Zaadul Ma’ad, 4/378)

6. Menyebabkan berbagai penyakit badan, di antaranya adalah melemahkan syahwat. (Zaadul Ma’ad, 4/222)

Itu lah antarenye kenape kita ni asyik kene marah je dengan mak ayah or ustaz-ustaz kita bila kite tidur lepas subuh. Semoga kita sama-sama dapat ambik ikhtibar. Terima kasih.

P/S : Actually bukan lepas subuh sahaje kita ditegah dari tidur, lepas asar pun kita ditegah tidur.

Di petik dari Rumaysho.com.

Sumber : Facebook

4 Golongan Lelaki Yang Akan ditarik kedalam Neraka Oleh Wanita

Assalamualaikum. 


Hari ni, aku nak post entri pasal agama. Lama dah blog aku ni kehausan ilmu untuk dikongsi. Asik kongsi pasal aku je kan. Entri ni aku dapat daripada facebook dan memang aku pernah baca sebelum ini.




Pertama:-
  'Ayahnya' - Apabila seseorang yang bergelar ayah tidak memperdulikan anak-anak perempuannya di dunia.Dia tidak memberikan segala keperluan agama seperti mengajar solat, mengaji dan sebagainya.Dia membiarkan anak-anak perempuannya tidak menutup aurat.. tidak cukup kalau dengan hanya memberi kemewahan dunia sahaja maka dia akan ditarik oleh anaknya. 

Kedua:-
'Suaminya' - Apabila seorang suami tidak memperdulikan tindak tanduk isterinya. Bergaul bebas di pejabat,memperhiaskan diri bukan untuk suami tapi untuk pandangan kaum lelaki yang bukan mahram,apabila suami mendiamkan diri.. Walaupun dia seorang alim (solat tidak tangguh, puasa tidak tinggal)maka dia akan ditarik oleh isterinya. 

Ketiga:-
  'Abang-abangnya' - Apabila ayahnya sudah tiada, tanggungjawab menjaga maruah wanita jatuh kepala abang-abangnya.. jikalau mereka hanya mementing keluarganya sahaja dan adik perempuannya dibiar melencong dari ajaran ISLAM. Tunggulah tarikan adiknya di akhirat. 

Keempat:-
 'Anak Lelakinya' - Apabila seorang anak tidak menasihati seorang ibu perihal kelakuan yang haram dari Islam, maka anak itu akan disoal dan dipertangungjawabkan diakhirat kelak

So lelaki-lelaki di luar sana, jangan buat tak tau je kepada kaum keluarga korang ni terutamanya yang gadis-gadis ni.

16 January 2011

Lomography

Assalamualaikum

Kali ni aku nak cerita serba sedikit tentang lomography. Mungkin ada yang dah tahu ataupun maybe dah pro pun nak pakai lomography ataupun lebih mudah kita panggil lomo.

Lomo ialah kamera filem yang lain daripada kamera filem yang lain. Apa yang lainnya tu? Lomo ialah kamera filem yang ada effect nye yang tersendiri tanpa kita perlu edit di dalam photoshop. Contohnya fish eye, pinhole, dan sebagainya lah. Kirenye tangkap-tangkap je, gamba memang dah lawa dah dengan effect yang smart. Effect yang terhasil dan juga saiz film yang digunakan adalah berlainan bergantung kepada kamera ang digunakan.

Kat sini aku selitkan sekali beberape contoh kamera lomo ni.
Diana +
Lubitel 166+
Pop9
ActionSampler
Color Splash
Holga 135BC
Lomo
FishEye

Kamera lomo ni boleh didapati dengan serendah RM 100. Tapi kalau yang lebih elok tu agak mahal lah sikit.
Kat sini jugak aku selitkan beberapa contoh gambar yang boleh terhasil dari tangkapan pakai kamera lomo ni.

Fish Eye

Pinhole

Err. gamba ni terhasil kalau kamu menggunakan Pop9

Color Splash

Ini antare gamba-gamba hasil daripada menggunakan kamera lomo yang aku ambil dari internet. InsyaAllah, kalau aku da beli 1 nanti aku uploadkan gamba yang aku tangkap. InsyaAllah.

Ini adalah roughly ataupun secara ringas je pasal lomo sebab aku sendiri baru mengenal lomo tak sampai 2 minggu. 

Kat sini aku sertakan beberapa laman web di malaysia yang ada menjual camera best ni.


p/s - thanx to liyana safira. sebab die lah aku leh kenal bende yang best gile ni. :D

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...