Followers

01 May 2011

SHAMISHA Enterprise kaki penipu!

Assalamualaikum. Apa khabar semua? Sihat? 


1stly, aku nak wish kepada pelajar yang tengah bercuti sekarang, 
:::::::::::::::::::!!![Selamat Bercuti]!!!:::::::::::::::::::
Holiday! Yeay!

Semoa kita isi masa cuti kita kali ni dengan benda-benda yang lebih mendatangkan faedah, bukan dengan perkara-perkara yang memudaratkan diri kita ni. Cuti-cuti jugak, amalan jangan dibagi cuti pulak ye. 


Kali ini aku nak berkongsikan kisah aku time aku balik dari Pulau Pinang ke Shah Alam. Memandangkan aku dah habis final paper aku, aku pun nak balik lah ke Shah Alam, hometown aku tu.Cuti semestar sampai 28 Mei 2011. Beli tiket bas pukol 12.15 pagi (30/4/2011) kat kaunter 10.

Aku mintak lah kawan aku, Asna hantarkan aku dengan Munawwar ke jeti , tempat nak naik bas tu. Kitorang gerak pukol 11.00 malam (29/4/2011). Bila dah sampai tu, aku dengan Munawwar pun pergilah ke kaunter sebab nak tanye no bas.

Tibe-tibe orang kat kaunter tu pun cakap lah " Bas ni mungkin lambat sampai, paling awal pukul 1.30 pagi ." Kitorang pun pelik. Tapi kitorang tunggu lah smpai bas kitorang sampai. Ingat dapat lah naik bas pukul 1.30 pagi tu.
tik tok tik tok

Akhirnya bas pun sampai lah jugak. Tapi pukul 4.15 PAGI WOI! Dah la bas mana tah depa pi passing-passing ni. Aku pun dalam hati mau je aku sembur drebar bas tu. Tapi bile memikirkan nak balik, aku pun rilek agi. Sabar je lah. Maybe bas rosak. Aku masok-masok terus tido. Letih woi tunggu dr kol 11.30 malam smpai kol 4.14 pagi.

.......................................................

Aku terjage, sedar-sedar dah ada kat Sungai Buloh. Tengok jam da pukol 8.00 pagi gitu. Aku dengar drebar bas tu tanye kawan aku tu nak turun Jalan Duta ke Puduraya. Kawan aku cakap turun Klang (aku turun Shah Alam, tapi bas Shah Alam ngan Klang selalunya 1 bas). 

Then pakcik drebar bas tu cakap yang bas ni pegi KL je. Aik, da tu aku beli tiket pegi KL ke? Then diorang turunkan kitorang kat Pudu. Kawan aku tu pi la tanya drebar bas tu awat antaq sampai KL je?

Drebar tu cakap bas yang ni memang hantar sampai KL je. Memang tak pegi Shah Alam/Klang. Die cakap orang kaunter tu da tipu kitorang. Aisehmen. Tobat tak nak beli bas SHAMISHA ENTERPRISE (kaunter 10) lagi. Kalau nak beli, beli yang bukan ulat.

Puduraya

Dah sampai Pudu, aku memang tak taw selok-belok KL ni. Munawwar da pergi Masjid Negara, balik dengan mak die.Aku pun call la Izzat, member sekolah aku dulu Die memang arif sikit jalan KL ni. Then die cakap die taw tren Masjid Jamek je. Tren kat Pudu die tak taw nak masok ikot celah mana.

Aku, dengan perasaan yang agak bercelaru lagi serabut, aku pun jalanlah kaki pergi ke LRT Masjid Jamek. Mahu lebih 20 minit aku usung beg aku yang berat tu. Dah naik tren tu, aku lega sikit. Then perjalanan lancar sampai aku naik KTM ke Shah Alam. Alhamdulillah. Sampai rumah dalam pukul 11 pagi

Balik rumah, aku mandi-mandi, teros tidoq. Letih gila!

Information Tambahan :
Kalau korang naik bas dari Penang ke Shah Alam 
Masa Diambil (kebiasaan) = 5 - 6 Jam sahaja.

Kes aku dan Munawwar semalam.
Masa yang di ambil = dari pukul 12.15 pagi sampai 11 pagi = 10 jam 45 minit.

So korang pilih lah mana yang terbaik untuk korang 

Sekian sahaja kisah kepulangan aku untuk cuti semestar kali ini


25 April 2011

4 Golongan Perempuan Isi Neraka

Assalamualaikum. So, just nak kongsi 1 video ni, dari Ustaz Kazim Elias. Beliau bagi ceramah tentang 4 golongan wanita yang akan menjadi isi neraka. 

So kepada wanita-wanita, anda di galakkan tonton untuk mengambil ikhtibar dan tinggalkan mana yang buruk, ambik mana yang cantik. Cantik di luar tak semestinya cantik. Betul tak?

Lelaki pun boleh je nak tengok, boleh di sampaikan kepada kawan-kawan perempuan, saudara perempuan. 


So kepada sesiapa yang mempunyai masalah nak tengok video ni, aku listkan jugak golongan mana yang dimaksudkan itu. Kesian korang.

4 Golongan Perempuan isi neraka :

  1. Perempuan yang jahat mulutnya atas suaminya.
  2. Perempuan yang buat suaminya tidak mampu / meminta sesuatu dari suaminya yang tidak mampu dibuat/dibeli oleh suaminya.
  3. Perempuan yang tidak mahu menutup dirinya daripada lelaki(bukan muhrim)
  4. Perempuan yang cita-citanya tak ada. (hidup untuk makan dan seronok-seronok)
Harap korang dapat lah ambik ikhtibar, amalkan dan sampaikan. Sekian, Wassalam.


02 April 2011

Sejarah Dunia Sebenar.

Assalamualaikum, aku nak kongsikan video dari brofat tentang sejarah dunia sebenar. Sejarah kita sebenarnya telah banyak diubah oleh satu pihak. Lihat lah sendiri video ni. 





01 April 2011

Gambar - gambar Kaum Nabi Luth yang diubah menjadi Batu

Assalamualaikum. Ingatkah anda tentang Nabi Luth? Nabi Luth diperintahkan untuk menyampaikan seruan tauhid kepada kaum yang rosak akhlaknya dan homoseksual (mengamalkan hubungan sejenis). Mereka yang tidak menerima seruan tauhid telah diubah menjadi batu.

Di bawah merupakan gambar-gambar kaum Nabi Luth yang telah diubah menjadi batu.









P/s : Siapa-siapa yang gay/lesbian, ni lah korang punya guru-guru/ model gaya hidup korang. So amacam?

Sumber : http://lilixmen.blogspot.com/2010/10/koleksi-foto-kaum-nabi-luth-yang-diubah.html 

25 March 2011

Bunuh Diri di KB Mall, Kelantan

Assalamualaikum.
Selalu sangat kita dengar kes orang bunuh diri dan kita juga sudah tau hukum bunuh diri itu adalah berdosa besar dan akan confirm masok neraka.

Allah berfirman:
“Dan janganlah kamu membunuh dirimu; sesungguhnya Allah adalah Maha Penyayang kepadamu. Dan barangsiapa berbuat demikian dengan melanggar hak dan aniaya, maka Kami kelak akan memasukkannya ke dalam naar. Yang demikian itu adalah mudah bagi Allah.” (An-Nisa : 29-30)

Di kelantan, pada 24 Mac 2011 di KB Mall, ade berlaku cubaan bunuh diri oleh sorang perempuan ni. 

Tetapi cubaan bunuh diri ini berjaya diselamatkan/digagalkan oleh Bomba. Video di bawah ni adalah video yang sempat dirakam oleh pengunjung KB Mall. 

Sila jangan gunakan volume yang kuat kerana terdapat bunyi yang agak membingitkan di dalam video ni.


P/s : Pada penadapat aku, bunuh diri memang perkara yang amat bodoh sekali dan hanya orang-orang yang tidak waras je akan buat perkara ini. Kalau ada masalah, cuba selesaikan dengan cara yang lebih berkesan dan lebih bijak berbanding bunuh diri sendiri yang hanya akan menyusahkan orang lain. Na'uzubillahiminzalik. 
“Siapa yang Allah inginkan kebaikan baginya, maka Allah berikan musibah kepadanya.” (HR. Al-Bukhari no. 5645)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...