Followers

24 May 2011

Rasullullah S.A.W dan Yahudi

Ali bin Abi Talib r.a berkata : "Sewaktu Rasullullah S.A.W duduk bersama para sahabat Muhajirin dan Ansar, maka dengan tiba-tiba datanglah satu rombongan orang-orang Yahudi, lalu berkata: 'Ya Muhammad, kami hendak tanya kepada kamu kalimat-kalimat yang telah diberikan oleh Allah kepada Nabi Musa A.S. yang tidak diberikan kecuali kepada para Nabi utusan Allah atau malaikat muqarrab.'"

Lalu Rasullullah S.A.W. bersabda: 'Silakan bertanya.'

Berkata orang Yahudi: 'Silakan terangkan kepada kami tentang 5 waktu yang diwajibkan oleh Allah ke atas umatmu.'


Sabda Rasullullah S.A.W.:
Solat Zuhur - jika tergelincir ia matahari, maka bertasbihlah segala sesuatu kepada Tuhannya,
Solat Asar - itu ialah saat ketika Nabi Adam A.S.memakan buah Khuldi,
Solat Maghrib - itu adalah saat Allah menerima taubat Nabi Adam A.S., maka setiap mukmin yang bersembahyang Maghrib dengan ikhlas kemudian dia berdoa meminta sesuatu pada Allah maka pasti Allah akan mengkabulkan permintaannya.
Solat Isya' - itu ialah sembahyang yang di kerjakan oleh para Rasul- Rasul sebelumku,
Solat Subuh - adalah sebelum terbit matahari, ini kerana apabila matahari terbitnya , terbit diantara 2 tanduk syaitan dan disitu sujudnya tiap orang kafir.'
 Setelah orang Yahudi mendengar penjelasan dari Rasullullah S.A.W. maka mereka berkata: 'Memang benar apa yang kamu katakan itu Muhammad, katakanlah kepada kami apakah pahala yang akan di dapati oleh orang yang sembahyang.

Rasullullah S.A.W bersabda:

'Solat Zuhur, pada saat itu nyalanya neraka Jahanam, orang mukimin yang mengerjakan sembahyang pada ketika itu akan diharamkan ke atasnya wap api neraka Jahanam pada hari Kiamat.'

Sabda Rasullullah S.A.W. lagi: Manakala Solat Asar, adalah saat di mana Nabi Adam A.S. memakan buah Khuldi. Orang mukmin yang mengerjakan sembahyang Asar akan diampunkan dosanya seperti bayi yang baru lahir.'


Setelah itu Rasullullah S.A.W. membaca ayat yang bermaksud: 

'Jagalah waktu-waktu sembahyang terutama sekali sembahyang yang pertengahan, Solat Maghrib itu adalah saat di mana taubatNabi Adam A.S. diterima. Seorang mukmin yang ikhlas mengerjakan sembahyang Maghrib kemudian meminta sesuatu dari Allah maka Allah akan perkenankan.
'Sabda Rasullullah S.A.W. Solat Isya'(atamah) . Katakan kubur itu adalah sangat gelap dan begitu juga pada hari Kiamat, maka seorang mukmin yang berjalan dalam malam yang gelap untuk pergi menunaikan sembahyang Isya' berjamaah, Allah S.W.T. haramkan dari terkena nyalanya api neraka dan diberinya cahaya untuk menyeberangi titi sirath.'
 Sabda  Rasullullah S.A.W.
Seterusnya Solat Subuh pula, seorang mukmin yang mengerjakan sembahyang subuh selama 40 hari secara berjamaah, diberi oleh Allah S.W.T. dua kebebasan yaitu:
  1. Dibebaskan dari api neraka. 
  2. Dibebaskan dari nifaq.

Setelah orang Yahudi mendengar penjelasan dari Rasullullah S.A.W maka mereka berkata: 'Memang benarlah apa yang kamu katakan itu wahai Muhammad (S.A.W).
Kini katakan pula kepada kami semua kenapakah Allah S.W.T. mewajibkan puasa 30 hari ke atas umatmu?'.

Sabda Rasullullah S.A.W.:
'Ketika Nabi Adam memakan buah pohon yang dilarang, lalu makanan itu tersangkut dalam perut Nabi Adam A.S. selama 30 hari. Kemudian Allah S.W.T. mewajibkan ke atas keturunan Adam A.S. berlapar selama 30 hari. Sementara izin makan di waktu malam itu adalah sebagai kurnia Allah S.W.T. kepada makhluk Nya.'

Kata orang Yahudi: 'Wahai Muhammad, memang benarlah apa yang kamu katakan itu. Kini terangkan kepada kami ganjaran pahala yang diperolehi dari puasa itu.'


Sabda Rasullullah S.A.W.
'Seorang hamba yang berpuasa dalam bulan Ramadhan dengan ikhlas kepada Allah S.W.T. dia akan diberi oleh Allah S.W.T tujuh perkara:
  1. Akan dicairkan daging haram yg tumbuh dari badannya (daging yang tumbuh dengan makanan yang haram). 
  2. Rahmat Allah sentiasa dekat dengannya. 
  3. Diberi oleh Allah sebaik-baik amal. 
  4. Dijauhkan dari merasa lapar dan haus. 
  5. Diringankan baginya siksa kubur (siksa yang sangat mengerikan). 
  6. Diberikan cahaya oleh Allah S.W.T pada hari Kiamat untuk menyeberang titian sirath.
  7. Allah S.W.T. akan memberinya kemudian di syurga.'
Kata orang Yahudi: 'Benar apa yang kamu katakan itu Muhammad. Katakan kepada kami kelebihanmu antara semua para nabi-nabi.'

Sabda Rasullullah S.A.W.:

'Seorang nabi mengunakan doa mustajabnya untuk membinasakan umatnya, tetapi saya tetap menyimpankan doa saya (untuk saya gunakan memberi syafaat pada umat saya di hari kiamat).'

Kata orang Yahudi: 'Benar apa yang kamu katakan itu Muhammad, kini kami mengakui dengan ucapan Asyhadu Alla illaha illallah,wa annaka Rasulullah (kami percaya bahawa tiada Tuhan kecuali Allah dan engkau utusan Allah).'

01 May 2011

SHAMISHA Enterprise kaki penipu!

Assalamualaikum. Apa khabar semua? Sihat? 


1stly, aku nak wish kepada pelajar yang tengah bercuti sekarang, 
:::::::::::::::::::!!![Selamat Bercuti]!!!:::::::::::::::::::
Holiday! Yeay!

Semoa kita isi masa cuti kita kali ni dengan benda-benda yang lebih mendatangkan faedah, bukan dengan perkara-perkara yang memudaratkan diri kita ni. Cuti-cuti jugak, amalan jangan dibagi cuti pulak ye. 


Kali ini aku nak berkongsikan kisah aku time aku balik dari Pulau Pinang ke Shah Alam. Memandangkan aku dah habis final paper aku, aku pun nak balik lah ke Shah Alam, hometown aku tu.Cuti semestar sampai 28 Mei 2011. Beli tiket bas pukol 12.15 pagi (30/4/2011) kat kaunter 10.

Aku mintak lah kawan aku, Asna hantarkan aku dengan Munawwar ke jeti , tempat nak naik bas tu. Kitorang gerak pukol 11.00 malam (29/4/2011). Bila dah sampai tu, aku dengan Munawwar pun pergilah ke kaunter sebab nak tanye no bas.

Tibe-tibe orang kat kaunter tu pun cakap lah " Bas ni mungkin lambat sampai, paling awal pukul 1.30 pagi ." Kitorang pun pelik. Tapi kitorang tunggu lah smpai bas kitorang sampai. Ingat dapat lah naik bas pukul 1.30 pagi tu.
tik tok tik tok

Akhirnya bas pun sampai lah jugak. Tapi pukul 4.15 PAGI WOI! Dah la bas mana tah depa pi passing-passing ni. Aku pun dalam hati mau je aku sembur drebar bas tu. Tapi bile memikirkan nak balik, aku pun rilek agi. Sabar je lah. Maybe bas rosak. Aku masok-masok terus tido. Letih woi tunggu dr kol 11.30 malam smpai kol 4.14 pagi.

.......................................................

Aku terjage, sedar-sedar dah ada kat Sungai Buloh. Tengok jam da pukol 8.00 pagi gitu. Aku dengar drebar bas tu tanye kawan aku tu nak turun Jalan Duta ke Puduraya. Kawan aku cakap turun Klang (aku turun Shah Alam, tapi bas Shah Alam ngan Klang selalunya 1 bas). 

Then pakcik drebar bas tu cakap yang bas ni pegi KL je. Aik, da tu aku beli tiket pegi KL ke? Then diorang turunkan kitorang kat Pudu. Kawan aku tu pi la tanya drebar bas tu awat antaq sampai KL je?

Drebar tu cakap bas yang ni memang hantar sampai KL je. Memang tak pegi Shah Alam/Klang. Die cakap orang kaunter tu da tipu kitorang. Aisehmen. Tobat tak nak beli bas SHAMISHA ENTERPRISE (kaunter 10) lagi. Kalau nak beli, beli yang bukan ulat.

Puduraya

Dah sampai Pudu, aku memang tak taw selok-belok KL ni. Munawwar da pergi Masjid Negara, balik dengan mak die.Aku pun call la Izzat, member sekolah aku dulu Die memang arif sikit jalan KL ni. Then die cakap die taw tren Masjid Jamek je. Tren kat Pudu die tak taw nak masok ikot celah mana.

Aku, dengan perasaan yang agak bercelaru lagi serabut, aku pun jalanlah kaki pergi ke LRT Masjid Jamek. Mahu lebih 20 minit aku usung beg aku yang berat tu. Dah naik tren tu, aku lega sikit. Then perjalanan lancar sampai aku naik KTM ke Shah Alam. Alhamdulillah. Sampai rumah dalam pukul 11 pagi

Balik rumah, aku mandi-mandi, teros tidoq. Letih gila!

Information Tambahan :
Kalau korang naik bas dari Penang ke Shah Alam 
Masa Diambil (kebiasaan) = 5 - 6 Jam sahaja.

Kes aku dan Munawwar semalam.
Masa yang di ambil = dari pukul 12.15 pagi sampai 11 pagi = 10 jam 45 minit.

So korang pilih lah mana yang terbaik untuk korang 

Sekian sahaja kisah kepulangan aku untuk cuti semestar kali ini


25 April 2011

4 Golongan Perempuan Isi Neraka

Assalamualaikum. So, just nak kongsi 1 video ni, dari Ustaz Kazim Elias. Beliau bagi ceramah tentang 4 golongan wanita yang akan menjadi isi neraka. 

So kepada wanita-wanita, anda di galakkan tonton untuk mengambil ikhtibar dan tinggalkan mana yang buruk, ambik mana yang cantik. Cantik di luar tak semestinya cantik. Betul tak?

Lelaki pun boleh je nak tengok, boleh di sampaikan kepada kawan-kawan perempuan, saudara perempuan. 


So kepada sesiapa yang mempunyai masalah nak tengok video ni, aku listkan jugak golongan mana yang dimaksudkan itu. Kesian korang.

4 Golongan Perempuan isi neraka :

  1. Perempuan yang jahat mulutnya atas suaminya.
  2. Perempuan yang buat suaminya tidak mampu / meminta sesuatu dari suaminya yang tidak mampu dibuat/dibeli oleh suaminya.
  3. Perempuan yang tidak mahu menutup dirinya daripada lelaki(bukan muhrim)
  4. Perempuan yang cita-citanya tak ada. (hidup untuk makan dan seronok-seronok)
Harap korang dapat lah ambik ikhtibar, amalkan dan sampaikan. Sekian, Wassalam.


02 April 2011

Sejarah Dunia Sebenar.

Assalamualaikum, aku nak kongsikan video dari brofat tentang sejarah dunia sebenar. Sejarah kita sebenarnya telah banyak diubah oleh satu pihak. Lihat lah sendiri video ni. 





01 April 2011

Gambar - gambar Kaum Nabi Luth yang diubah menjadi Batu

Assalamualaikum. Ingatkah anda tentang Nabi Luth? Nabi Luth diperintahkan untuk menyampaikan seruan tauhid kepada kaum yang rosak akhlaknya dan homoseksual (mengamalkan hubungan sejenis). Mereka yang tidak menerima seruan tauhid telah diubah menjadi batu.

Di bawah merupakan gambar-gambar kaum Nabi Luth yang telah diubah menjadi batu.









P/s : Siapa-siapa yang gay/lesbian, ni lah korang punya guru-guru/ model gaya hidup korang. So amacam?

Sumber : http://lilixmen.blogspot.com/2010/10/koleksi-foto-kaum-nabi-luth-yang-diubah.html 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...