Followers

04 June 2011

Kesan minum ais selepas makan.

Assalamualaikum dan salam sejahtera.


Ramai dalam masyarakat kita, memang suka minum air sejuk. Tak kisah lah air kosong ke, air sirap ke, asalkan die sejuk kan. Aku sendiri tak nafikan aku pun suka minum air sejuk. 

Jadi, kali ni aku nak kongsikan 1 artikel yang aku dapat dari facebook yang mungkin ada dalam kalangan korang belum pernah baca atau belum pernah tahu pasal kesan minum ais selepas makan. Mari kita baca sama-sama.

Serangan Jantung dan Amalan Minum Air Panas 

Kepada sesiapa yang suka minum ais, artikel ini sesuai untuk korang baca. Sememangnya sedap minum air berais selepas makan. Walaubagaimanapun, ais akan membekukan makanan berminyak yang baru kita makan.

Ia akan memperlahankan penghadaman kita. Bila lemak-lemak ini terbentuk di dalam usus, ia akan menyempitkan banyak saluran dan lama kelamaan ia akan  menyebabkan lemak berkumpul dan kita semakin gemuk dan  menuju  ke arah mendapat pelbagai penyakit


Jalan terbaik adalah minum sup panas atau air panas/suam selepas makan. (jangan air yang mengelegak tu korang pegi minum sudah la ye)

Nota penting tentang SERANGAN JANTUNG!!! 

Korang patut tahu bahawa bukan semua tanda-tanda serangan jantung akan mula terasa pada tangan sebelah kiri.


Berhati-hati juga pada permulaan sakit sedikit-sedikit pada bahagian atas dada anda.

Anda mungkin tidak akan mengalami sakit dada pada serangan pertama  serangan jantung.

Keletihan dan berpeluh adalah tanda-tanda biasa.  Malah 60% penghidap sakit jantung tidak bangun selepas tidur.

Marilah kita berwaspada dan berhati-hati.. Lebih banyak kita tahu, lebih cerah peluang kita untuk terus hidup. Pakar sakit jantung berkata, jika semua orang yang mendapat e-mail ini menghantar kepada 10 orang yang lain, beliau yakin akan dapat menyelamatkan satu nyawa.

(Nad pun kena control makanan dan minuman Nad)
Sekian, wassalam.
Nad : Dah habis baca? Kalau yang dah habis baca tu, harap dapat lah disebarkan kerana sakit jantung adalah 1 perkara yang serius dan merupakan antara sebab utama rakyat malaysia meninggal dunia. Jaga kesihatan korang ok? Ingat-ingatkan mereka yang suka sangat minum ais.

30 May 2011

Rasullullah S.A.W, Wanita Kafir dan Limau.

Assalamualaikum. Aku nak kongsikan sebuah kisah Rasulullah SAW yang aku ditakdirkan untuk membaca kisah ini di dalam sebuah blog. Kepada owner blog yang berkongsikan kisah ni, aku mintak maaf sangat-sangat sebab lupa nak save link blog anda. 



"Suatu hari Rasulullah SAW didatangi oleh seorang wanita kafir. Ketika itu baginda bersama beberapa orang sahabat. Wanita itu membawa beberapa biji buah limau sebagai hadiah untuk baginda. Cantik sungguh buahnya. Siapa yang melihat pasti terliur.

Baginda menerimanya dengan senyuman gembira. Hadiah itu dimakan oleh Rasulullah SAW seulas demi seulas dengan tersenyum. Biasanya Rasulullah SAW akan makan bersama para sahabat, namun kali ini tidak. Tidak seulas pun limau itu diberikan kepada mereka. Rasulullah SAW terus makan. Setiap kali dengan senyuman, hinggalah habis semua limau itu.

Kemudian wanita itu meminta diri untuk pulang, diiringi ucapan terima kasih dari baginda. Sahabat-sahabat agak hairan dengan sikap Rasulullah SAW itu. Lalu mereka bertanya. Dengan tersenyum Rasulullah SAW menjelaskan "Tahukah kamu, sebenarnya buah limau itu terlalu masam semasa saya merasainya kali pertama. Kiranya kalian turut makan bersama, saya bimbang ada di antara kalian yang akan mengenyetkan mata atau memarahi wanita tersebut. Saya bimbang hatinya akan tersinggung. Sebab tu saya habiskan semuanya."

Begitulah akhlak Rasulullah SAW. Baginda tidak akan memperkecil-kecilkan pemberian seseorang biarpun benda yang tidak baik, dan dari orang bukan Islam pula.

Wanita kafir itu pulang dengan hati yang kecewa. Mengapa? Sebenarnya dia bertujuan ingin mempermain-mainkan Rasulullah SAW dan para sahabat baginda dengan hadiah limau masam itu. Malangnya tidak berjaya.

Rancangannya di'tewas'kan oleh akhlak mulia Rasulullah SAW.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...