Followers
28 June 2011
04 June 2011
Kesan minum ais selepas makan.
Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Ramai dalam masyarakat kita, memang suka minum air sejuk. Tak kisah lah air kosong ke, air sirap ke, asalkan die sejuk kan. Aku sendiri tak nafikan aku pun suka minum air sejuk.
Jadi, kali ni aku nak kongsikan 1 artikel yang aku dapat dari facebook yang mungkin ada dalam kalangan korang belum pernah baca atau belum pernah tahu pasal kesan minum ais selepas makan. Mari kita baca sama-sama.
Serangan Jantung dan Amalan Minum Air Panas
Kepada sesiapa yang suka minum ais, artikel ini sesuai untuk korang baca. Sememangnya sedap minum air berais selepas makan. Walaubagaimanapun, ais akan membekukan makanan berminyak yang baru kita makan.
Ia akan memperlahankan penghadaman kita. Bila lemak-lemak ini terbentuk di dalam usus, ia akan menyempitkan banyak saluran dan lama kelamaan ia akan menyebabkan lemak berkumpul dan kita semakin gemuk dan menuju ke arah mendapat pelbagai penyakit
Jalan terbaik adalah minum sup panas atau air panas/suam selepas makan. (jangan air yang mengelegak tu korang pegi minum sudah la ye)
Nota penting tentang SERANGAN JANTUNG!!!
Korang patut tahu bahawa bukan semua tanda-tanda serangan jantung akan mula terasa pada tangan sebelah kiri.
Berhati-hati juga pada permulaan sakit sedikit-sedikit pada bahagian atas dada anda.
Anda mungkin tidak akan mengalami sakit dada pada serangan pertama serangan jantung.
Keletihan dan berpeluh adalah tanda-tanda biasa. Malah 60% penghidap sakit jantung tidak bangun selepas tidur.
Marilah kita berwaspada dan berhati-hati.. Lebih banyak kita tahu, lebih cerah peluang kita untuk terus hidup. Pakar sakit jantung berkata, jika semua orang yang mendapat e-mail ini menghantar kepada 10 orang yang lain, beliau yakin akan dapat menyelamatkan satu nyawa.
(Nad pun kena control makanan dan minuman Nad)
Sekian, wassalam.
Nad : Dah habis baca? Kalau yang dah habis baca tu, harap dapat lah disebarkan kerana sakit jantung adalah 1 perkara yang serius dan merupakan antara sebab utama rakyat malaysia meninggal dunia. Jaga kesihatan korang ok? Ingat-ingatkan mereka yang suka sangat minum ais.
Subscribe to:
Posts (Atom)