Followers

02 July 2011

9 Sebab Hati Tidak Bahagia

a) Hot Tampered!
Sifat ni paling senang kita nak nampak, cakap sikit je marah. Salunye orang yang bersifat macam ni kurang kawan. Kebanyakan, bukan semua.

b) Pendendam
Pergh! Simpan dendam dalam hati. Even orang tu buat salah sikit je, da plan nak balas balik kat diorang. Kalau yang sikit tu pun nak berdendam, yang besar tu jangan cakap la. 

c) Hasad dengki
Orang yang ade hasad dengki ni, amalan dia sia-sia je sebab mereka ada sifat ketuhanan.

d) Kedekut
Ingat tak cerita P.Ramlee tajuk die Labu Labi? Kalau ingat , korang mesti ingat Haji Bakhil en? Ingat lagi bila ada 2 orang cikgu sekolah ni datang nak kutip derma kat rumah dia, dia boleh buat-buat demam kan? Macam tu lah orang kedekut. Sebab tu kita tengok Haji Bakhil tu tak tenteram, takut sangat harta dia habis.

e) Tamak Haloba
Orang tamak ni, dia tak kan puas dengan apa yang dia dapat. Orang bagi betis die nak peha. Orang bagi peha die nak isi, Orang bagi isi dia nak...... Memang tak kan puas punya lah. Nak mengumpul boleh, tapi jangan tamak. Bersyukur dengan apa yang kita ada. 

f) Tidak sabar
Andainya perkara yang kecil pun tidak boleh bersabar apatah lagi hal-hal yang lebih besar.

g) Ego
Ibu segala mazmummah jadi ia membuatkan seseorang paling tidak tenang. Orang yang memiliki sifat ini pantang tercabar dari sudut zahir mahupun batin. Pasal semua orang ada egonya sendiri, cuma tinggi atau rendah tahap keegoan tersebut.

h) Riak
" Kau lihat hidupku ini, semuanya besar-besar. Rumah besar, Kereta besar, Isteri besar..ops. Tak macam kau, kereta kecik, rumah kecik, perut kecik. Haha." Kata Haji Riak bin Takbur.
Orang yang riak ni tak sedar diri yang harta, kejayaan, semuanya hanya sementara dan sememangnya bukan milik depa. Ingat lah 5 perkara sebelum 5 perkara.

i) Cinta Dunia
Tidak dapat menderita, dapat pun menderita kerana bila sudah dapat susah pula menjaganya. Berhartalah, tidak mengapa tetapi kawal hati jangan diletakkan pada harta itu (bila mati cuma bawa amalan dan doa anak yang soleh atau solehah). Cinta dunia merupakan 'neraka dunia' kerana dunia itu 'panas' akibat ia merupakan barang buruan dan rebutan. Jadi letakkanlah akhirat itu di hati dan dunia itu di tangan supaya dunia itu senang dibahagi-bahagi dan akhirat dibawa mati. 

Nad : Aku berkongsi bukan bermakna aku lah yang paling baik dan paling alim. Aku berkongsi sebagai peringatan kepada korang semua dan juga kepada diri aku sendiri. 


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...