Di bawah ni adalah antara bahan yang kita gunakan setiap hari yang membunuh kita dalam diam. Sila baca jika anda seorang yang prihatin terhadap nyawa anda.
1. Fluoride
Terdapat pada ubat gigi. Juga diguna untuk mengawet makanan dalam tin.
Contoh : Sardin.
Tahukah bahan utama racun tikus adalah Fluoride.
Solution : Sila beli ubat gigi yang tiada fluoride. Sebanyak 35 buah negara telah haramkan penggunaan fluoride.
2. Chlorine
Digunakan dalam rawatan air kumbahan. Chlorine tidak dapat dibuang apabila memasuki tubuh anda. Kemasukan dan penyerapan klorin adalah 99% melalui liang peluh anda dan bukan melalui air minum. Nak tahu kenapa? Sebab klorin akan meruap/terhapus ketika sesi pemanasan air minum. Jadi kalau ingin minum, pastikan air anda dimasak.
Klorin molekulnya halus iaitu berukuran 0.010 milimiter atau 10 mikron, jadi penapis air yang sehalus 0.0001 mikron pasti dapat menapisnya 100% . Kehalusan molekulnya menyebabkan ia mudah diserap melalui tubuh anda ketika sesi anda mandi.
3. Bisphenol-A = BPA
Merupakan bahan penggangu hormon. Ia menyebabkan kanak-kanak menjadi matang dengan cepat. Pada kanak-kanak wanita ia akan menyebabkan penumbuhan bulu pada kemaluan, mempercepatkan kitaran haid, risiko barah payudara.
Kepada kanak-kanak lelaki, ia mempercepatkan penghasilan mani dan risiko barah prostate. Bahan ini digunakan dalam industri plastik. 99% Plastik dan tin minuman mengandungi bahan ini. Ini termasuklah botol susu anak anda. Lima buah syarikat gergasi pengeluar produk bayi kini sedang disaman oleh mahkamah tinggi antarabangsa.
4. Monosodium Glutamat a.k.a MSG
Bahan ini digunakan 100% dalam industri permakanan. Bahaya bahan ini telah diketahui umum, namun ramai yang buat endah tak endah. Dalam tahun 1989, Malaysia dikejutkan dengan berita gempar. Pengeluar bahan MSG terbesar iaitu Pak Aji Naik Moto menggunakan bahan mentah untuk menghasilkan MSG daripada binatang yang haram iaitu BABI.
MSG adalah bahan utama racun rumpai dan lalang. Kenapa anda harus makan atau mengambilnya? Adakah kerana makanan atau lauk anda jadi lebih sedap apabila anda bubuh MSG? Ada banyak cara lain untuk sedapkan masakan anda. Bahan ini mampu merosakkan fungsi buah pinggang dan hati anda dengan cepat sekali.
5. Aspartame
Ia sejenis pemanis tetapi bukan gula. Digunakan dalam makanan dan minuman yang dijual dipasaran. Ia juga dikategorikan sebagai racun. Aspartame digunakan secara meluas pada tahun 1970. Kesan-kesan pengambilan aspartame ini boleh dilihat secepat 24jam!
Masalah yang akan dihidapi spt resdung/bersin/selsema, migrain, bunyi berdesing dalam telinga, kepala berdengung, cepat penat, letih lesu, paras gula dalam darah meningkat / kencing manis, payah kencing /batu karang/radang pundi@saluran kencing. Air tin paling tinggi kandungan aspartame-nya. Jika ada rakan anda yang suka minum KOKAKOLA dan sebagainya dinasihatkan berhati-hatilah.
6. Melamine
Jadi, jangan lah ambil bahan-bahan yang merbahaya untuk diri kita.
source Makanan kita merbahaya
Followers
09 November 2010
11 Jenis Manusia Didoai Malaikat
Assalamualaikum, 1 lagi artikel yang ingin dikongsikan bersama anda semua yang bersumberkan dari Facebook. Mari luangkan masa kita sikit untuk dijadi antara manusia yang didoakan oleh malaikat.
Antara orang yang mendapat doa malaikat ialah:
1. Orang yang tidur dalam keadaan bersuci.
Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya: "Sesiapa yang tidur dalam keadaan suci, malaikat akan bersamanya di dalam pakaiannya. Dia tidak akan bangun hingga malaikat berdoa: "Ya Allah, ampunilah hamba-Mu si fulan kerana tidur dalam keadaan suci."
2. Orang yang sedang duduk menunggu waktu solat.
Rasulullah s.a.w bersabda maksudnya: "Tidaklah salah seorang antara kalian yang duduk menunggu solat, selama ia berada dalam keadaan suci, kecuali kalangan malaikat akan mendoakannya: 'Ya Allah, ampunilah ia. Ya Allah sayangilah ia.'"
3. Orang yang berada di saf depan solat berjemaah.
Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya: "Sesungguhnya Allah dan kalangan malaikat-Nya berselawat ke atas (orang) yang berada pada saf depan."
4. Orang yang menyambung saf pada solat berjemaah (tidak membiarkan kekosongan di dalam saf).
Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya: "Sesungguhnya Allah dan kalangan malaikat selalu berselawat kepada orang yang menyambung saf."
5. Kalangan malaikat mengucapkan 'amin' ketika seorang imam selesai membaca al-Fatihah.
Rasulullah s.a.w bersabda maksudnya: "Jika seorang imam membaca...(ayat terakhir al-Fatihah sehingga selesai), ucapkanlah oleh kamu 'aamiin' kerana sesiapa yang ucapannya itu bertepatan dengan ucapan malaikat, dia akan diampuni dosanya yang lalu."
6. Orang yang duduk di tempat solatnya selepas melakukan solat.
Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya: "Kalangan malaikat akan selalu berselawat kepada satu antara kalian selama ia ada di dalam tempat solat, di mana ia melakukan solat."
7. Orang yang melakukan solat Subuh dan Asar secara berjemaah.
Rasulullah s.a.w bersabda maksudnya: "Kalangan malaikat berkumpul pada saat solat Subuh lalu malaikat (yang menyertai hamba) pada malam hari (yang sudah bertugas malam hari hingga Subuh) naik (ke langit) dan malaikat pada siang hari tetap tinggal.
"Kemudian mereka berkumpul lagi pada waktu solat Asar dan malaikat yang ditugaskan pada siang hari (hingga solat Asar) naik (ke langit) sedangkan malaikat yang bertugas pada malam hari tetap tinggal lalu Allah bertanya kepada mereka: "Bagaimana kalian meninggalkan hamba-Ku?"
Mereka menjawab: 'Kami datang sedangkan mereka sedang melakukan solat dan kami tinggalkan mereka sedangkan mereka sedang melakukan solat, ampunilah mereka pada hari kiamat.'"
8. Orang yang mendoakan saudaranya tanpa pengetahuan orang yang didoakan.
Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya: "Doa seorang Muslim untuk saudaranya yang dilakukan tanpa pengetahuan orang yang didoakannya adalah doa yang akan dikabulkan. Pada kepalanya ada seorang malaikat yang menjadi wakil baginya, setiap kali dia berdoa untuk saudaranya dengan sebuah kebaikan, malaikat itu berkata 'aamiin dan engkau pun mendapatkan apa yang ia dapatkan.'"
9. Orang yang membelanjakan harta (infak).
Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya: "Tidak satu hari pun di mana pagi harinya seorang hamba ada padanya kecuali dua malaikat turun kepadanya, satu antara kedua-duanya berkata: 'Ya Allah, berikanlah ganti bagi orang yang berinfak...'"
10. Orang yang sedang makan sahur.
Rasulullah s.a.w bersabda maksudnya: "Sesungguhnya Allah dan kalangan malaikat-Nya berselawat kepada orang yang sedang makan sahur."
11. Orang yang sedang menjenguk (melawat) orang sakit.
Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya: "Tidaklah seorang mukmin menjenguk saudaranya kecuali Allah akan mengutus 70,000 malaikat untuknya yang akan berselawat kepadanya di waktu siang hingga petang dan di waktu malam hingga Subuh."
Itulah antara mereka yang mendapat doa malaikat. Semoga kita termasuk dan tersenarai sama.
07 November 2010
Kelebihan Solat dan Puasa
Ali bin Abi Talib r.a. berkata :-
Sewaktu Rasullullah saw duduk bersama para sahabat Muhajirin dan Ansar, maka dengan tiba-tiba datanglah satu rombongan orang-orang Yahudi lalu berkata :-
"Ya Muhammad, kami hendak bertanya kepada kamu kalimat-kalimat yang telah diberikan oleh Allah kepada Nabi Musa a.s. yang tidak diberikan kecuali kepada para Nabi utusan Allah atau malaikat muqarrab."
04 November 2010
Pesan Rasulullah sebelum tidur
Time aku belek-belek Facebook, ade terjumpa 1 artikel berkenaan beberapa pesan Nabi kita, Nabi Muhamad S.A.W sebelum kita pergi tidur. So kat sini aku kongsikan bersama korang pasal pesan Baginda sebelum kita tidur.
SEBELUM Tidur
Perkara Sebelum Tidur( Tafsir Haqqi )
Rasulullah berpesan kepada Aisyah ra : "Ya Aisyah jangan engkau tidur sebelum melakukan empat perkara, yaitu :
- Sebelum khatam Al Qur'an,
- Sebelum membuat para nabi memberimu syafaat di hari akhirat,
- Sebelum para muslim meredhai kamu,
- Sebelum kau laksanakan haji dan umroh"
Bertanya Aisyah :
"Ya Rasulullah, bagaimana aku dapat melaksanakan empat perkara seketika?"
Rasul tersenyum dan bersabda : "Jika engkau tidur bacalah Al Ikhlas tiga kali seakan-akan kau mengkhatamkan Al Qur'an.
Bismillaahirrohmaanirrohiim,
Qulhualloohu ahad'
Alloohushshomad'
lam yalid walam yuulad'
walam yakullahuu kufuwan ahad' ( 3 x )
Membacalah selawat untukKu dan para nabi sebelum aku, maka kami semua akan memberi syafaat di hari kiamat.
Bismillaahirrohmaan irrohiim,
Alloohumma shollii 'alaa syaidinaa Muhammad
wa'alaa aalii syaidinaa Muhammad ( 3 x )
Beristighfarlah untuk para muslimin maka mereka akan meredhai kamu.
Astaghfirulloohal adziim
aladzii laa ilaaha illaa
huwal hayyul qoyyuum
wa atuubu ilaih ( 3 x )
Dan,perbanyaklah bertasbih, bertahmid, bertahlil, bertakbir maka seakan-akan kamu telah melaksanakan ibadah haji dan umroh"
Bismillaahirrohmaan irrohiim,
Subhanalloohi
Walhamdulillaahi
walaailaaha illalloohu alloohu akbar(3 x )
So lepas ni, kalau sesiapa yang kalau ngantok terus tidur tu, ikutlah pesan Nabi ni, bukan nya lama pun, tak sampai 10 minit pun. Sekian
Sumber Facebook bertajuk pesanan nabi sebelum tidur...1 mnit shj...
29 October 2010
Cara Pemakanan Yang Betul
Aku ada terima mail pasal cara pemakanan kita. So, kat sini aku nak kongsikan bersama dengan korang semua lah. Semoga cara pemakanan kita akan terjaga, insyaAllah.
Rupanya tanpa kita sedari, dalam makanan yang kita makan sehari-hari, kita tak boleh makan sesuka hati kita saja. Inilah penyebab terjadinya berbagai penyakit antara lain penyakit kencing manis, lumpuh, sakit jantung, keracunan makanan dan lain-lain penyakit. Apabila anda telah mengetahui ilmu ini, tolonglah ajarkan kepada yang lainnya.
Ustaz Abdullah Mahmood mengungkapkan, Rasulullah tak pernah sakit perut sepanjang hayatnya kerana pandai menjaga makanannya sehari-hari. InsyaAllah kalau anda ikut diet Rasulullah ini, Anda takkan menderita sakit perut ataupun keracunan makanan.
Ustaz Abdullah Mahmood mengungkapkan, Rasulullah tak pernah sakit perut sepanjang hayatnya kerana pandai menjaga makanannya sehari-hari. InsyaAllah kalau anda ikut diet Rasulullah ini, Anda takkan menderita sakit perut ataupun keracunan makanan.
01 September 2010
Kerenah orang kita time bulan puasa.
Bila da masuk bulan puase ni macam-macam la karenah orang-orang kite ni kan. Betol tak? Ni lah beberapa karenah yang aku boleh simpulkan dalam orang-orang kita bila tiba bulan Ramadhan ni.
1) Pergi toilet lama-lama.
2) Buat - buat lupa dan termakan aiskrim time bulan puasa.
3) Azan asar dikatakan azan maghrib
4) Pergi bazaar beli makanan macam untuk 3 orang tapi sebenarnya untuk makan sorang-sorang (last-last tak abes jugak kan).
5) Semua kerja tak jalan sebab semua bagi alasan tak larat nak buat kerja. Tak makan seharian kan (konon).
6) Mula - mula ramadhan je penuh masjid/surau wat terawikh, then lame-lame tinggal separuh je.
Dan macam-macam lagi la kerenah orang kite time bulan poce ni kan-kan? So, ade pandangan lain tentang kerenah orang kita time bulan puase ni? Tambahkan kat komen la ye.
P/S = Kalau ada yang terasa jangan la marah aku ea. Ni ape yang aku pernah nampak je selama aku hidup di malaysia ni.
29 May 2010
Pendapat aku tentang Surat Berantai
Assalamualaikum. Apa khabar semua. Harap semua sehat - sehat alhamdulillah la ye. Hari tu aku ade dapat surat berantai dari sorang hamba ALLAH ni kan. Bile aku bace2, aku rujuk member member aku yang ariff tentang hukum2 surat berantai ni, So, awal - awal agi aku nak cakap. Menyebarkan dan mempercayai surat berantai adalah HARAM sama sekali.
25 May 2010
Aku delete semua post sebab aku rase semua post aku tu kurang menarik.
Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua anda semua kerane dapat meluangkan mase untuk melawat blog aku yang tak berape mcm blog sbb da kosong. Sebelum2 ni ade je post yang aku da post tapi bile aku bace balek ape yang aku post sume tu...zzzzz...aku pn rase bosan sbb ape yang aku post tu sume pasal diri aku. Dan tak menarik langsung. So, aku delete sume post yang terdahulu dan aku bercadang nak tulis bende yang lagi berpekdah dan dpt la aku smpaikan aku smpaikan ilmu kepada semua penduduk di malaysia ni(kalau yang dari negare selain malaysia pn buleh).
Subscribe to:
Posts (Atom)