Followers

09 November 2010

Makanan kita merbahaya

Di bawah ni adalah antara bahan yang kita gunakan setiap hari yang membunuh kita dalam diam. Sila baca jika anda seorang yang prihatin terhadap nyawa anda.

1. Fluoride
Terdapat pada ubat gigi. Juga diguna untuk mengawet makanan dalam tin.
Contoh : Sardin.
Tahukah bahan utama racun tikus adalah Fluoride.
Solution : Sila beli ubat gigi yang tiada fluoride. Sebanyak 35 buah negara telah haramkan penggunaan fluoride.

2. Chlorine
Digunakan dalam rawatan air kumbahan. Chlorine tidak dapat dibuang apabila memasuki tubuh anda. Kemasukan dan penyerapan klorin adalah 99% melalui liang peluh anda dan bukan melalui air minum. Nak tahu kenapa? Sebab klorin akan meruap/terhapus ketika sesi pemanasan air minum. Jadi kalau ingin minum, pastikan air anda dimasak.

Klorin molekulnya halus iaitu berukuran 0.010 milimiter atau 10 mikron, jadi penapis air yang sehalus 0.0001 mikron pasti dapat menapisnya 100% . Kehalusan molekulnya menyebabkan ia mudah diserap melalui tubuh anda ketika sesi anda mandi.

3. Bisphenol-A = BPA
Merupakan bahan penggangu hormon. Ia menyebabkan kanak-kanak menjadi matang dengan cepat. Pada kanak-kanak wanita ia akan menyebabkan penumbuhan bulu pada kemaluan, mempercepatkan kitaran haid, risiko barah payudara.

Kepada kanak-kanak lelaki, ia mempercepatkan penghasilan mani dan risiko barah prostate. Bahan ini digunakan dalam industri plastik. 99% Plastik dan tin minuman mengandungi bahan ini. Ini termasuklah botol susu anak anda. Lima buah syarikat gergasi pengeluar produk bayi kini sedang disaman oleh mahkamah tinggi antarabangsa.

4. Monosodium Glutamat a.k.a MSG
Bahan ini digunakan 100% dalam industri permakanan. Bahaya bahan ini telah diketahui umum, namun ramai yang buat endah tak endah. Dalam tahun 1989, Malaysia dikejutkan dengan berita gempar. Pengeluar bahan MSG terbesar iaitu Pak Aji Naik Moto menggunakan bahan mentah untuk menghasilkan MSG daripada binatang yang haram iaitu BABI.

MSG adalah bahan utama racun rumpai dan lalang. Kenapa anda harus makan atau mengambilnya? Adakah kerana makanan atau lauk anda jadi lebih sedap apabila anda bubuh MSG? Ada banyak cara lain untuk sedapkan masakan anda. Bahan ini mampu merosakkan fungsi buah pinggang dan hati anda dengan cepat sekali.

5. Aspartame
Ia sejenis pemanis tetapi bukan gula. Digunakan dalam makanan dan minuman yang dijual dipasaran. Ia juga dikategorikan sebagai racun. Aspartame digunakan secara meluas pada tahun 1970. Kesan-kesan pengambilan aspartame ini boleh dilihat secepat 24jam!

Masalah yang akan dihidapi spt resdung/bersin/selsema, migrain, bunyi berdesing dalam telinga, kepala berdengung, cepat penat, letih lesu, paras gula dalam darah meningkat / kencing manis, payah kencing /batu karang/radang pundi@saluran kencing. Air tin paling tinggi kandungan aspartame-nya. Jika ada rakan anda yang suka minum KOKAKOLA dan sebagainya dinasihatkan berhati-hatilah.

6. Melamine


Jadi, jangan lah ambil bahan-bahan yang merbahaya untuk diri kita.

source Makanan kita merbahaya

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...