Followers

29 May 2010

Pendapat aku tentang Surat Berantai

Assalamualaikum. Apa khabar semua. Harap semua sehat - sehat alhamdulillah la ye. Hari tu aku ade dapat surat berantai dari sorang hamba ALLAH ni kan. Bile aku bace2, aku rujuk member member aku yang ariff tentang hukum2 surat berantai ni, So, awal - awal agi aku nak cakap. Menyebarkan dan mempercayai surat berantai adalah HARAM sama sekali.



Kepada sesiapa yang masih tidak tahu ape itu surat berantai, surat berantai itu ialah surat yang akhir kandungannya, die tulis jikalau surat ini tidak disebarkan dalam bilangan tertentu dalam masa yang tertentu, akan terima bala. 

Aku memang tak suke dapat surat berantai ni. Aku cakap hukum percaye dan sebarkan surat berantai ni dosa bukan sebab aku tak suke, tapi memang hukum percaye dan sebarkan surat ni berdosa. Kalau da namanya surat, tak semestinya kite akan dapat bende ni didalam bentuk surat, tetapi pada zaman serba moden dan mudah mendapat internet ni, kita pon boleh dapat bende ni menerusi e-mail, Facebook, Myspace dan sebagainya.

1. Hukum mempercayai surat berantai.
Aku terangkan satu-satu k. Kandungan surat ni kalau kite tak sebarkan kepada orang lain dalam bilangan dan masa tertentu, akan dapat itu lah, dapat ini lah. Perkara ini sedikit sebanyak dah merosakkan akidah seseorang Muslim dan Muslimah kerana mempercayai surat itu yang memberi musibah kepada kita sedangkan yang berkuasa memberi rezeki dan musibah semuanya dari ALLAH sahaje. Kalau kite percaya ade bende lain yang boleh memberi kite musibah, berdosa la jawabnye.

2. Hukum menyebarkan surat berantai
Bagi yang menyebarkan surat ni, hukum asalnya tidaklah berdosa, tetapi, bile kite sebarkan dan orang yang menerima tu akan sesat ataupun mengelirukan orang, tanggung la dosa nya. Walaupun kita tak sesat tapi bile kite da memesongkangkan akidah orang lain, kite pun akan berdosa jugak.

So, kalau korang dapat surat berantai, korang jangan lah sebar2 kan surat dan jangan la korang percaya surat tu. Langkah yang lebih baik korang delete je surat tu dan korang nasihat la orang yang bagi korang surat tu. Korang leh dapat pahale jugak sebab dapat halang die dari teros membuat dosa. InsyaAllah. 


-Credit dan thanx kepada Izani sebab tolong terangkan kat aku pasal hukum surat berantai.

2 comments:

  1. gud gud... agk bengong lah bile dpt pape artikel yg xberpekdah, tibe2 ckap "kalau xsebarkan dlm mse 2 ari, ko akn sakit lah, mak ko akn mati lah, famili ko akn ditimpa eksiden lah"

    XLOGIK LANGSUNG!! hoho

    ReplyDelete
  2. thnx...btol2 m'bri ksedaran...huhu

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...