Followers

23 March 2011

4 Golongan Lelaki Yang Akan ditarik kedalam Neraka Oleh Wanita

Assalamualaikum. 


Hari ni, aku nak post entri pasal agama. Lama dah blog aku ni kehausan ilmu untuk dikongsi. Asik kongsi pasal aku je kan. Entri ni aku dapat daripada facebook dan memang aku pernah baca sebelum ini.




Pertama:-
  'Ayahnya' - Apabila seseorang yang bergelar ayah tidak memperdulikan anak-anak perempuannya di dunia.Dia tidak memberikan segala keperluan agama seperti mengajar solat, mengaji dan sebagainya.Dia membiarkan anak-anak perempuannya tidak menutup aurat.. tidak cukup kalau dengan hanya memberi kemewahan dunia sahaja maka dia akan ditarik oleh anaknya. 

Kedua:-
'Suaminya' - Apabila seorang suami tidak memperdulikan tindak tanduk isterinya. Bergaul bebas di pejabat,memperhiaskan diri bukan untuk suami tapi untuk pandangan kaum lelaki yang bukan mahram,apabila suami mendiamkan diri.. Walaupun dia seorang alim (solat tidak tangguh, puasa tidak tinggal)maka dia akan ditarik oleh isterinya. 

Ketiga:-
  'Abang-abangnya' - Apabila ayahnya sudah tiada, tanggungjawab menjaga maruah wanita jatuh kepala abang-abangnya.. jikalau mereka hanya mementing keluarganya sahaja dan adik perempuannya dibiar melencong dari ajaran ISLAM. Tunggulah tarikan adiknya di akhirat. 

Keempat:-
 'Anak Lelakinya' - Apabila seorang anak tidak menasihati seorang ibu perihal kelakuan yang haram dari Islam, maka anak itu akan disoal dan dipertangungjawabkan diakhirat kelak

So lelaki-lelaki di luar sana, jangan buat tak tau je kepada kaum keluarga korang ni terutamanya yang gadis-gadis ni.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...